Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Jumaat, 11 Mei 2012

Mangsa dera Mohd Danish Aiman telah sedar dari koma

Makngoh baru tahu mengenai berita ini. Bayi malang ini dilaporkan telah sedarkan diri pada 29 April 2012. Alhamdulillah. Namun, pendera kejam bayi ini masih belum dapat ditangkap.

KUALA TERENGGANU: Kanak-kanak mangsa dera, Mohd Danish Aiman Abdullah telah sedar dari koma empat hari lepas, kata pegawai perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Pegawai perubatan yang enggan dikenali itu berkata bagaimanapun kanak-kanak malang berkenaan masih gagal memberi respon tindak balas.

"Kecederaan di kepala yang dialami Mohd Danish agak teruk dan ketika ini kami mendapati Mohd Danish tidak mampu bergerak seperti biasa dan kemungkinan dia boleh diserang sawan," katanya ketika ditemui di HSNZ, di sini, Ahad.

Beliau berkata kanak-kanak itu kini diberi makan dan minum melalui tiub dan dia diberi rawatan fisioterapi agar saraf-sarafnya tidak keras dan sentiasa bergerak.
 
Keadaan Mohd Danish dilihat semakin stabil setelah kanak-kanak berusia dua tahun setengah itu itu menjalani pembedahan di bahagian kepala Sabtu lepas.

Mohd Danish koma dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya Sabtu lepas ekoran perselisihan faham antara ibu kanak-kanak itu dengan lelaki terbabit.

Akibat penderaan itu Mohd Danish mengalami pendarahan pada otak sebelah kiri dan dia dijangka akan menjalani pembedahan buat kali kedua.

Sementara itu Ketua polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata gerakan memburu suspek masih giat dijalankan oleh polis dan lelaki itu dipercayai masih berada di sekitar Kuala Terengganu.
Polis telah menemui beberapa petunjuk namun masih gagal mengesan suspek, katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempuyai maklumat mengenai lelaki yang dikenali sebagai Azhar Jusoh, 31, berasal dari Kampung Tualang, Manir, di sini supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membatu siasatan. BERNAMA

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!